Saturday, 26 March 2016

16 Petua Islam Untuk Awet Muda



1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi
    Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke
    pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu
    diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan
    proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air
    dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah
    menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari
    kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan
    wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di
    halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j.
    Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu
    jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong
    atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke
      muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan
      setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas
      makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

 

Facebook

Follow us